Kelas ICT Taman Seri Puteri (Minggu 2)
9 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Jumaat, semalam Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan Kelas ICT untuk Pelajar Taman Seri Puteri kali yang kedua untuk tahun 2019. Kelas ini akan diadakan setiap hari Jumaat mengikut permintaan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersebut. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Tayangan video Klik Dengan Bijak mengenai Penghendap Siber yang menjadi jenayah pada masa kini dan menjadikannya amat membimbangkan. Selain itu, turut diajar formula mengenai “Microsoft Excel” bagi fasa yang seterusnya. Kelas ini telah disertai oleh 12 orang pelajar perempuan dan diadakan selama 2 jam (2:00PM – 4:00PM)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: